Ketika berusia 1 tahun, ibu menyusukan kita dengan penuh kasih sayang. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Menjelang usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan, menyuapkan makanan dan mendidik kita. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan menumpahka makanan ke lantai.
Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.
Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.
Menjelang usia 10 tahun, ibu mengingatkan kita tentang solat. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa oarang lain pun tak solat juga.